Google search

Sunday, 17 October 2010

Sakit Itu Penghapus Dosa

Assalamualaikum W.B.T


Saya berharap anda dalam keadaan sihat wal afiat dan dapat membuat amal kepada yang Esa seperti biasa. Hari ini saya nak kongsikan kenapa perlu ade penyakit?? Sebab baru-baru ni saya ditimpa penyakit lelah yang dulunya dah sembuh. Tapi, tiba-tiba penyakit tu datang balik tak tau mengapa. Memang tidak terdaya ditanggung badan sebagai insan yang lemah. Sebagai insan yang khilaf, saya menganggap ini sebagai satu pengguguran dosa yang selalu tidak putus-putus dilakukan. Mungkin juga ini sebagai ingatan kepada saya supaya tidak melupakan Pencipta yang Maha Esa yang mungkin kebelakangan ini juga saya sering melupakan segala yang diperintahkan olehNya. Seperti yang pernah disebut dalam hadis:


Thursday, 7 October 2010

Cinta

 

Nabi Muhammad saw bersabda;"Cintailah kekasihmu (secara) sedang-sedang saja, siapa tahu di suatu hari dia akan menjadi musuhmu; dan bencilah orang yang engkau benci (secara) biasa-biasa saja, siapa tahu di suatu hari dia akan menjadi kecintaanmu."(HR. At Tirmizi)


Seperti yg dapat kita lihat daripada hadis di atas. Saya boleh terangkan bahwa kita mestilah tidak terlalu membenci seseorang, siapa tahu suatu hari nanti kita akan menyayangi seseorang yang kita pernah benci. Tetapi kita juga jangan lupa bahwa kita juga akan dibenci oleh seseorang yang kita pernah sayang. Jadi beringat ingatlah kita sebagai manusia yang HATI kita akan sentiasa berubah yang senantiasa menurut nafsu dan pujukan syaitan. 


Perkara ini tidak pernah berlaku pada saya.^^
just for sharing

musliminwalmuslimat™

Tuesday, 5 October 2010

Kelebihan Solat Isyak Dan Subuh


 "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak." - Shahih Muslim

petikan diambil dari iluvislam.com




berdasarkan kisah benar


Seorang lelaki bernama Haris (bukan nama sebenar) adalah dahulunya seorang pemuda yang jarang solat berjemaah di masjid.
Dia ke masjid hanya untuk solat Jumat atau solat di Hari Raya.

Saturday, 2 October 2010

Da'wah




"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie-

Daripada ayat yang telah diperkata oleh Imam Syafie diatas dapatlah kita mempelajari bahawa pabila kita hendak menegur seseorang hendaklah ia berbicara diantara mereka sahaja. Kerana apabila ia menegur di khalayak ramai, ia akan menyebabkan aib seseorang itu dimalukan. Kehormatannya akan tercemar, hina dan dipandang rendah oleh masyarakat. Selepas itu menyebabkan motivasi seseorang itu hendak berubah seperti terbantut, dan mungkin keinginan taubatnya kepada Allah seperti tiada. Oleh itu, dapatlah kita mempelajari bahawa, apabila hendak menegur perbuatan seseorang itu cukuplah hanya si penegur dan yang ditegur. Sesungguhnya apabila kita menutup aib orang berkenaan, Allah akan menutup aib kita. Semoga dengan ilmu yang bermanfaat ini diberkati Allah S.W.T didunia dan juga akhirat InsyaAllah, Amin.Wallahualam..

musliminwalmuslimat™

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...