Google search

Saturday, 2 October 2010

Da'wah




"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie-

Daripada ayat yang telah diperkata oleh Imam Syafie diatas dapatlah kita mempelajari bahawa pabila kita hendak menegur seseorang hendaklah ia berbicara diantara mereka sahaja. Kerana apabila ia menegur di khalayak ramai, ia akan menyebabkan aib seseorang itu dimalukan. Kehormatannya akan tercemar, hina dan dipandang rendah oleh masyarakat. Selepas itu menyebabkan motivasi seseorang itu hendak berubah seperti terbantut, dan mungkin keinginan taubatnya kepada Allah seperti tiada. Oleh itu, dapatlah kita mempelajari bahawa, apabila hendak menegur perbuatan seseorang itu cukuplah hanya si penegur dan yang ditegur. Sesungguhnya apabila kita menutup aib orang berkenaan, Allah akan menutup aib kita. Semoga dengan ilmu yang bermanfaat ini diberkati Allah S.W.T didunia dan juga akhirat InsyaAllah, Amin.Wallahualam..

musliminwalmuslimat™

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...