Google search

Sunday, 17 October 2010

Sakit Itu Penghapus Dosa

Assalamualaikum W.B.T


Saya berharap anda dalam keadaan sihat wal afiat dan dapat membuat amal kepada yang Esa seperti biasa. Hari ini saya nak kongsikan kenapa perlu ade penyakit?? Sebab baru-baru ni saya ditimpa penyakit lelah yang dulunya dah sembuh. Tapi, tiba-tiba penyakit tu datang balik tak tau mengapa. Memang tidak terdaya ditanggung badan sebagai insan yang lemah. Sebagai insan yang khilaf, saya menganggap ini sebagai satu pengguguran dosa yang selalu tidak putus-putus dilakukan. Mungkin juga ini sebagai ingatan kepada saya supaya tidak melupakan Pencipta yang Maha Esa yang mungkin kebelakangan ini juga saya sering melupakan segala yang diperintahkan olehNya. Seperti yang pernah disebut dalam hadis:




Dari Abdullah r.a katanya : “ aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata “ ya, Rasulullah ! demammu bertambah teruk.” Jawab baginda “ memang demamku sama dengan dua orang kamu.” Kataku pula, “ semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda : “ semoga!” kemudian sabda baginda pula : “ tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

Huraian dari hadis di atas ialah segala bencana , penyakit,kesusahan atau kerungsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi kaffarah( penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.


Anas r.a berkata, Rasulullah bersabda “ bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian, dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu , maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.” ( at-tirmidzi dan ibnu majah)


Daripada hadis yang saya peroleh, Dapatlah saya menyatakan bahawa penyakit ini adalah penawar kepada dosa yang kita selalu lakukan. Jikalau saya boleh menjadi seorang yang selalu redha dengan ketentuanNya, pabila saya ditimpa sakit mungkin saya hanya meminta kepada Allah supaya hanya kurangkan kesakitan dan tidak meminta disembuhkan kesakitan yang dihadapi. Kerana sakit itu adalah penawar dosa yang banyak saya lakukan tidak putus-putus, dan perkara kebaikan yang dilakukan hanyalah sekelumit. Sesungguhnya saya hanya seorang insan yang lemah. 




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, berkatilah hidup hamba Mu ini. Ampunkan segala dosa yang telah dilakukan oleh hambaMu ini. Berilah perlindungan kepada hambaMu ini dari segala siksa api nerakaMu. Jauhkanlah kami mati dalam keadaan kekufuran kepadaMu. Berikanlah hidayahMu kepada hambaMu ini. Janganlah biarkan HambaMu ini hidup tanpa petunjuk dariMu.Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini hanya berharap kepadaMu yang mencipta kami. 

AMIN YA ALLAH.


musliminwalmuslimat™

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...