Google search

Tuesday, 7 December 2010

Salam Maal Hijrah Ke 1432


Salam maal hijrah yang ke 1432 kepada semua umat islam dan pembaca musliminwalmuslimat™ semoga dengan kedatangan tahun baru ini member erti yang bermakna, InsyaAllah. Selalunya kedatangan maal hijrah ni, kebanyakan orang akan bercakap tentang azam tahun barulah, penghijrahanlah, sape yang menang tokoh maal hijrahlah, dan banyak lagilah. Seperti tahun ni, Malaysia telah  melancarkan tv al-Hijrah yang berkonsepkan kerohanian. Tetapi itu semua tidak menjadi masalah selagi tidak melanggar hukum Islam.


Sempena dengan tahun baru Islam ni, selalunya kita akan menanam azam. Tetapi amatlah penting melaksanakan azam bukannya hanya mempunyai azam tetapi tidak dilaksanakan jangan hanya nak menyatakan saja kepada kawan2 atau kepada sesiapa yang aku berazam nak itu dan ini, tetapi perlulah ia  dilaksanakan. Azam yang kita nak laksanakan mestilah ada niat, bukan berniat  semata mata untuk diri sendiri, untuk  boyfren ataupun girlfren, untuk family ataupun sebagainya, tetapi kita hendaklah berazam kerana Allah SWT yang menghidup dan mematikan kita, yang memberi pembalasan yang baik ataupun buruk. 

Sesungguhnya kita yang berniat selain daripada Allah, kita pasti tidak akan diredhai oleh Allah SWT.  Semoga dengan niat baik kerana Allah kita akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan juga akhirat, mendapat hidayah dan perlindungan daripada pujukan syaitan yang  tidak akan terputus dan terus menerus dengan mendapat pertolongan orang kafir dan juga orang yang beragama Islam itu sendiri .

Saya ingin menasihati kepada semua umat Islam dan juga saya sendiri untuk terus melakukan transformasi dengan kata lain selain perkataan hijrah dengan melakukan penghijran minda, mental, fizikal dan juga batin supaya mengikuti ajaran yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW iaitu Islam dengan tidak terpedaya dengan hiburan yang semakin berleluasa dan juga mengkhayalkan. 

Merudumkan ekonomi dengan gejala rasuah yang berleluasa, pembuangan anak luar nikah, menjual bayi, pusat sosial yang semakin bertambah, zina seperti rutin biasa setiap hari dan tambah memeritkan lagi pemimipin yang kita pilih sendiri tidak melaksanakan ajaran Islam dengan sepatutnya dan hanya Islam atas nama sahaja. Amat berharap sangat kita dapat berfikir dengan waras agar dapat melakukan tranformasi dengan niat kerana Allah. Tepuk dada tanya Iman.

Saya berharap dengan kedatangan tahun baru Islam ini, owner berazam untuk pulihkan hati yang semakin gelap ini yang dapat saya rasakan sejak kebelakangan ini semakin jauh daripada Allah, agar diterangi kembali oleh Allah SWT dengan nurNya. Dapat terus belajar dengan bersungguh sunguh kerana Allah dan demi kedua orang tua yang banyak berjasa dan memberi pengorbanan yang tidak terbalas kepada anaknya. Dan yang paling perit sekali memenuhi tuntutan 5 waktu sehari semalam yang sebenarnya tidak perit, tetapi biasalah manusia mudah sangat terpedaya dengan pujukan syaitan.

Akhir sekali saya sertakan video sempena memperingati hari kebesaran umat Islam. Allahuakbar.


kredit gambar: iluvislam.com
musliminwalmuslimat™

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...