Google search

Friday, 4 March 2011

Muhammad Seagung-Agung Manusia



Salam Maulud kepada semua pembaca musliminwalmuslimat™ semoga dapat terus menghirup nikmat udara yang tidak ternilai dan terus bernafas untuk terus beribadat kepada yang maha Esa. Semoga dengan keizinanNya dapatlah saya untuk terus berblogging.^^

Sempena dengan kehadiran tarikh hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W ini ia akan memberikan inspirasi kepada kita untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia
mahupun akhirat. Owner sungguh tertarik dengan kenyataan Wardina yang mengatakan bahawa artis tidak boleh dijadikan ikon atau sebagai ikutan kepada seluruh umat Islam kerana apa yang kita lihat terlalu banyak sifat negatif yang dilakukan oleh mereka. Contohnya menagih dadah, mendedahkan aurat, meminum arak, dan ada yang sampai menghina isteri nabi. Minta dijauhkan oleh Allah perkara buruk ini kepada kita. 

Ada juga artis yang terselah dengan kebodohannya seperti sesetengahnya artis wanita mengatakan akan bertudung setelah tiba masanya. Apakah maksud artis tersebut? mungkin maksudnya setelah sampai mereka dikafankan? itu saya tidak dapat pastikan apa maksud yang nak disampaikan oleh artis yang terlalu disanjung tersebut. Dalam agama Islam sudah terang terangan menyuruh perempuan muslim menutup auratnya, tetapi ikut sedap-sedap mereka je nak buat ke tidak, sehingga menetapkan masa, bila dan dimana nak memakai tudung. Kerana mereka hanya Islam pada nama. 

Tidak hanya kepada artis sahaja, pemimpin yang dipilih juga dua kali lima je. Hanya melilitkan selendang di kepala, membiarkan tersembulnya jambul mereka. Lepas tu hendak menegak undang-undang Islam, padahal diri sendiri tidak mengikut ajaran Islam. Siapa nak dengar kata dia, kalau diri sendiri pun tidak diperbetulkan terlebih dahulu. kecualilah didengar oleh pemimpin yang juga dua kali lima je seperti dia. Ini bukan hendak mengaibkan sesiapa tetapi itulah kebenarannya.  

Apakah mereka-mereka ini boleh dijadikan ikutan? tidak mungkin sama sekali. Kerana sifat negatif mereka hanya akan merosakkan aqidah dan tidak membantu mereka ke arah jalan kebenaran yang diredhai. Kesimpulannya sesiapa yang menjadikan ikon yang mempunyai sifat negatif yang berlebihan maka ianya akan merosakkan kebahagian di dunia dan akhirat. Sesiapa menjadikan ikon seseorang yang bersifat positif maka sudah pasti ia memberinya peluang untuk memiliki kebahagian yang kekal abadi di akhirat kelak. Sebaik-baik ikon yang patut dijadikan ikutan kepada seluruh umat Islam ialah nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. kerana dia mempunyai ciri-ciri yang cemerlang didunia dan juga akhirat. Kerana baginda cemerlang dalam pelbagai aspek seperti dalam bidang pentadbiran yang adil, bersukan, berumah tangga, agama dan pelbagai lagi yang kebanyakan tiada pada manusia selain yang bernama Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita menjadikan Rasulullah sebagai ikutan baikpun dari sunnah dan hadis serta terus menjadikan baginda cinta kita yang kedua dihati kita selepas cinta kita yang pertama iaitu Allah S.W.T. Siapa yang patut jadi ikon kita semua? tepuk dada tanya iman.

musliminwalmuslimat™

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...