Google search

Friday, 30 April 2010

Hari Jumaat Lebih Agung Dari Hari Raya

SESUATU yang dijadikan Allah di muka bumi ini mengandungi faedah dan nikmatnya. Allah juga pada masa yang sama, melebihkan antara satu kejadian dengan yang lain mengikut arahan-Nya. Itulah kekuasaan Allah yang mencipta segala kejadian dalam alam ini.

Setiap ciptaan-Nya mempunyai kelebihan tersendiri dan kelebihan manusia di sisi-Nya ialah mereka yang paling bertakwa kepada-Nya.






Selain itu, Allah menetapkan kelebihan tertentu pada tempat dan masa. Allah melimpahkan berkat-Nya terhadap Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah daripada segala tempat lain di dunia ini. Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud: “Sekali sembahyang di masjid-Ku (Masjid Madinah) lebih baik daripada seribu kali sembahyang di tempat lain kecuali di Masjidil Haram."

Saturday, 6 March 2010

Tegak Sunnah Rasulullah S.A.W




 


“Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah s.a.w. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda,”
Seorang pemimpin perlu meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya, sementara sebuah kerajaan lebih-lebih lagi perlu komited mengamalkan segala suruhan Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. di dalam segala aspek pentadbirannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...