Assalammualaikum w.b.t
Sewaktu Nabi Muhammad S.A.W wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam).
Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa
yang perlu diberi.
Sewaktu Nabi Muhammad S.A.W wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam).
Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa
yang perlu diberi.
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali
nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran.
Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran
diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw
jarang disebut.. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan
kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat
Islam.
2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam
Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi
Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak
bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah
Maha Mengetahuinya.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan
Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu
sahaja nabi Isa itu Tuhan kan ?
Dalam banyak² kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap
tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).
Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa)
berkata "Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang
menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka"
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw
adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir
zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as
yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya.
Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong
masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap
sulong.
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab
lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu
ibu kan ? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam
ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu
juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja?
Jawapan lengkap ada dalam Surah Ali-Imran, ayat 59.
6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna
'Kami' Kenapa? 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam +
Anak
Tuhan (Isa)' ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'Aku' kata jamaknya
'Kami' yang
menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen
Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut?
Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh
Punjabi potong kuku?
8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang
untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila
kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak
kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya
kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.
9) Sami Buddha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur
kurang
deria, bunuh binatang dosa besar"
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita cuma berdosa kecil je la jika
bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?
10) Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh
balik"
Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak
akan tumbuh semula selepas putus"
11) Sami Buddha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak
penyakit"
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan
binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri
gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran..
Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan ? Lagi besar
penyakitnya kan ? Lembu yang ragut rumput hari² pun boleh jadi lembu
gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi
jangan lah cakap haram apa yang
telah Allah halalkan untuk kita.
12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari² sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan
umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana
Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang
yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah
untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi
orang Islam hari² pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah
diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana
itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum
baginda kan betul² juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu
sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang
zaman.
Soalan² yang nyatakan di atas, sebenarnya memang benar² ditanya oleh
orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... Mereka bertanya
bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang
ilmu hanya ala kadar berasa was² dengan Islam dan akhirnya orang Islam
akan berasa was² dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yang
disampaikanpun tak perlu panjang² cukup sekadar ringkas dan padat.
so kalau kite ditanye oleh org bukan islam walaupon dia melayu tapi tak percaya islam ,jawablah dengan jawapan2 ini .
islam itu INDAH =)
musliminwalmuslimat™
No comments:
Post a Comment